Lama x lama juga Fini berdiam diri. Dalam fasa praktikum ni, mcm2 yg bermain di fikiran, emosi pun terganggu...bukannya apa, adatla manusia, (lebih2 lagi Fini), mcm2 yg difikirkan. Alhamdulillah, semuanya telah berlalu buat kali pertama. 3 months more. Huhu, bukannya mudah juga nk jadi guru, tp tidak membebankan. Jumlah masa mengajar Fini seminggu 30 masa, cerapan masa untuk praktikum 10 masa. Ada 2 buku rekod mengajar yang perlu ditulis setiap hari. P&P pd hari Jumaat sepatutnya praktikum minor-Mathematics, tp disebabkan pensyarah pembimbing Fini nak dtg utk observe Major, maka diubah jadual ke BM Pemulihan (Kumpulan Merah). Erm, spt yg Fini dh jangka, Augustine akan bersikap yg agak negatif, mmg nampak ketara. Permulaan set induksi berjalan dgn baik, dan apabila 'seseorang' tu masuk ke kelas Fini...jeng..jeng..jeng, Fini nampak muka Augustine berubah dan terus berkelakuan yang Fini dah duga. :) Sabar je la dgn Agus ni. Apapun, perbincangan dengan pensyarah membuatkan Fini rs lega kerana memahami ragam Agus dan tidak menyalahkan Fini ke atas 'ketidakbolehan' Fini utk mengambil hati Agus. Sikap Agus spt mahukan 'escapism', mahu menarik perhatian dan mcm2 menuntut kesabaran Fini. Pensyarah menyarankan supaya jurnal Fini ditulis mengenai perubahan sikap Agus. Hmm, kadang tu dlm pada tak tahan, Fini kesian dgn Agus ni. Mcm mana agaknya sejarahnya di SJK (C) dulu. Adakah ianya mempengaruhi? Pensyarah Fini pun ada berkata, mungkin Agus ni mempelajari sikap seperti ini dari seseorang...tapi siapa? Sikap membuli Fini nampak sangat ketara. Dah Tahun 5 dia sekarang, ada lagi setahun masa untuk Fini, sempatkah? Mcm mana lah dia besar nti?
Sedang elok siap diselia, baru Fini terasa gatal2 di leher, bila tgok dlm cermin, dah merah. Kat tangan dah naik bintik2 mcm kena gigit nyamuk, lama kelamaan bintik2 tu bercantum jadi besar. Mcm gegata pun ada, balik ke Bentong pi klinik dan doktor ckp Fini mungkin alergik sesuatu. Apa ye? Fini pun tak perasan. Nak kata makanan, setiap Jumaat, Kak Jama di kantin masak nasi ayam. Nak kata habuk, mmg umah kat Lentang tu agak berhabuk setiap hari sebab semut2 suka angkut habuk2 dr celah dinding kayu ke luar setiap malam. Tiap hari dah bersihkan pun, bangun sok pagi ada je keliling dinding umah. Ingatkan dh cat, kurang la sket, sbb kena2 kat tepi2 celah kayu. Erm, sama je. Tatau la alergik sbb apa. Ptg Khamis tu ada la pi latihan sukan, nak kata kena tahi ulat (kata org2 tua), tp lmbt sgt tindakannya, takkan Jumaat tgh hr tu bru kena. Tu mak ckp, sedang elok pensyarah dah balik, baru naik gatal2, kalau tak, takkan nak kena observe smbil muka n tangan naik merah2 dan bengkak2 + gatal. Habis satu badan kena. :( Dulu pernah sekali kena gatal2 (masa kat UKM dulu), tp Fini makan budu pastu, terus bengkak kat muka, mata dh x nampak dek bengkak dahi dan hidung tu rata je. This time, tu yang dh naik gatal2 terus pi jumpa dok, takut bengkak mcm dulu.
Ubat alergik, tahan gatal, ubat sapu. (adoi, dh la tak suka makan ubat) Menyesal pula x pilih nak disuntik td.


Masa ni badan naik naik semua merah2, tp dlm gmbr ni x nampak sgt, amik gmbr tangan je la.









2 comments:
sian fini..dah la ygh praktikum ye..apa pun sabar ye..dan good luck tuk praktikum ni!
ohh air tu kena gegata ek.. ermm dulu ammar pun kena.. last2 kena injek kat vontot dia jer.. he he
Post a Comment